• shafika9

Marvel Tak Akan Menggantikan Karater Chadwick Boseman untuk Filem Black Panther 2

Updated: Sep 21, 2021

Seperti kita tahu, Chadwick Boseman pernah memegang sebagai watak King T’Challa di dalam filem Black Panther sebelum ini. Disebabkan Chadwick menghidap penyakit barah kolon tahap ketiga, kematiannya pada 28 Ogos 2020 menjadi satu berita mengejut dan tergempar di seluruh dunia pada ketika itu. Walaupun, dikalangan para artis Hollywood sendiri juga, tak mengetahui bahawa Chadwick mempunyai penyakit ini mahupun dari peminat Marvel sendiri. 

Baru-baru ini, pihak Marvel Studio bersetuju untuk meneruskan Black Panther francais, tapi pihak studio tak akan menggantikan watak Chadwick Boseman (King T’Challa). Tapi sebagai ganti filem ini, akan memberikan penghormatan buat Chadwick dan juga bergantung pada karater yang lain bakal muncul dalam filem tersebut. 

Sumber: ComingSoon

Filem ini bakal diarahkan dan ditulis oleh Ryan Coogler. Perancangan filem ini akan diteruskan juga, disebabkan tarikh tayangan telah pun dilancarkan pada 8 Julai 2022 nanti. Kemunculan kali pertama watak King T’Challa pada filem Captain America: Civil War dan disusuli dalam filem Black Panther.

Jadi bagaimana pada pendapat korang? Berkemungkinan tiada lagi watak utama dalam Black Panther 2? Sila share kan pandangan korang diruangan komen bawah ye.

Sumber dari artikel asal The Verge

#blackpanther #chadwickboseman

0 views0 comments