• Jonathan Shiek

Manusia Bakal Berperang Dengan Makhluk Asing Pada 2025 Nanti

Terdapat seorang individu ini yang mengaku dirinya adalah ‘pengembara masa’ dari tahun 2714 menegaskan bahawa makhluk asing dijangka tiba di bumi pada 11 Ogos 2021. Peristiwa itu menurutnya akan menjadi satu permulaan kepada satu peperangan yang bakal tercetus pada tahun 2025 nanti.

Individu itu yang tidak diketahui nama sebenar hanya memuat naik beberapa video di TikTok bernama @aesthetictimewarper, individu tersebut berkata, makhluk asing akan mendarat di bumi ketika hujan meteor Perseid.

@aesthetictimewarperWatch out for this… ##fyp ##fypage ##timetravel ##timewarper ##timetraveler ##nozics

♬ Acid Rain – Lorn


Persoalannya, dia tidak menjelaskan secara jelas mengenai perang Nozic ini, namun mendakwa perang bakal berlaku pada tahun 2025. Hantaran lelaki itu menerima komen- komen skeptikal daripada netizen dengan ramai yang mengecam dakwaannya.


Tarikh tersebut telah pun lepas, dan tiada apa yang berlaku secara mengejut lagi sehingga kini. Apa-apa kita jangan mudah terpercaya dengan perkara remeh seperti ini dengan tiada bukti dan alasan yang kukuh. Banyak saja pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di luar sana dengan mencuba platform media sosial untuk sebar berita palsu. Perkara tersebut amat mudah untuk menakutkan orang ramai yang lain. Maka perlulah berhenti menyebar perkara palsu dan jadilah manusia bertanggungjawab.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments