• Jonathan Shiek

Mantap! JDT Akan Tubuhkan Pasukan Hoki Ais!

Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam proses meluaskan kuasa sukan dengan menubuhkan sebuah pasukan hoki ais dalam tempoh sebulan lagi.

Perkara berkenaan diumumkan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers semalam.



PASUKAN HOKI AIS JDT — AKAN DATANG Pasukan Hoki Ais Johor Darul Ta’zim (JDT) akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi… Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, February 10, 2021

“Pasukan Hoki Ais JDT akan ditubuhkan dalam tempoh sebulan lagi yang menyaksikan kelab ini meneroka ke arah pelbagai sukan lain pada masa akan datang,” menurut posting itu.

Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri di sini.

Menurut posting di Facebook itu,

“Jenama JDT sudah pun ada pada pasukan tinju JDT dengan juara pelbagai anugerah Asia Muhammad Farkhan Haron mengetuainya di dalam gelanggang. Luaskan Kuasamu Johor,”

#hokiais #jdt

0 views0 comments