• Syaziyah Md Sharif

Manny Pacquiao Akan Bertanding Untuk menjadi Presiden Filipina

Sebelum ini beliau merupakan senator di negara itu

Manny Pacquiao seorang peninju tersohor dari Filipina secara rasmi mengumumkan akan bertanding bagi jawatan Presiden negara itu dalam pilihan raya yang dijadualkan berlangsung tahun depan.


Pacquiao yang juga merupakan seorang senator di Filipina, dicalonkan oleh serpihan parti pemerintah, PDP-Laban. Parti tersebut pernah mencalonkan Rodrigo Duterte untuk jawatan Presiden Filipina.


Duterte bagaimanapun dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya kali ini ekoran perlembagaan Filipina menetapkan bahawa Presiden boleh memegang tampuk pemerintahan untuk satu penggal sahaja.


“Saya seorang pejuang dan akan terus berjuang meskipun berada di luar gelanggang,” kata Pacquiao.


Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada Suruhanjaya Pilihan raya Filipina akan meluluskan pencalonan tersebut untuk pilihan raya 2022.


Pacquiao pernah menjadi juara dunia dalam lapan kategori sukan tinju selain memikul tugas sebagai senator di Filipina.


Beliau yang menerima gelaran Pac-Man sebelum ini dilaporkan menjadi penyokong kuat Duterte sebelum tercetusnya ketegangan antara mereka sejak Jun lalu ekoran kritikan lantang Pacquiao terhadap polisi Duterte mengenai China dan aktiviti rasuah.




Sumber: United Press International

9 views0 comments