• Jonathan Shiek

Manjakan Diri Anda Dengan Rangkaian Minyak Aromaterapi Daripada Tanamera!

Tanamera bukanlah nama yang asing lagi dalam perubatan alternatif dan minyak wangian aromaterapi. Pada musim pandemik ini, rata-rata daripada kita melangsungkan pekerjaan dari rumah dan ia amat memenatkan betul?

Stress daripada mengimbangi kerja rumah dan kerja hakiki boleh menjatuhkan mood anda, tetapi Tanamera kini mengeluarkan rangkaian produk rill-on yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja!

Sekiranya anda mengalami masalah insomnia atau kegelisahan, Tanamera Sleep Roll On sangat sesuai digunakan sebelum tidur untuk memberi anda ketenangan yang maksima.

Bagi anda yang mempunyai resdung atau ketidak selesaan hidung, Tanamera Sniffles Roll On adalah penyelamat anda! Sesuai dengan namanya, campuran menenangkan ini mengandungi campuran 11 minyak pati yang direka khas untuk melegakan batuk, selesema, dan kesesakan dada serta bersin yang tidak terkawal.

Bukan itu sahaja, malah jika anda sukakan sesi memanjakan yang lebih mewah, maka Tanamera Premium Essential Oils adalah untuk anda. Sama ada anda ingin tenaga yang lebih atau menyahtoksin. Setiap minyak pati telah dipilih dengan teliti untuk memberi anda ketenangan yang anda cari.

Minyak Esensial Kashmir Rose dari Tanamera bukan sahaja berfungsi untuk menghilangkan tekanan, ia juga boleh digunakan sebagai penjagaan kulit untuk kesan anti-radang dan pelembab.

Antioksidan dalam Minyak Bunga Mawar juga mudah diserap ke lapisan kulit dermis, yang sangat bermanfaat untuk kulit yang matang.

Tanamera juga mengeluarkan Frankincense Essential Oil yang terkenal dengan aromanya yang kuat tetapi menenangkan, ia dapat menenangkan fikiran dan memberi anda tenaga ketika anda merasa lesu. Selain merawat kulit kering, parut dan kedutan, minyak ini juga berfungsi membersihkan saluran hidung dan memudahkan pernafasan anda.

Dapatkan rangkaian produk Tanamera terbaru di Lazada atau Shopee, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk ini layari laman web, Instagram atau Facebook Tanamera ok?

0 views0 comments