• Jonathan Shiek

Mangsa Pukul Geng YouTuber Isarb, Akhirnya Tampil Cerita Insiden Sebenar

Pada minggu lalu, kita dikejutkan dengan kes pergaduhan yang berlaku di pusat futsal, Subang Jaya dan ia didakwa kumpulan daripada YouTuber turut terlibat dalam kes ini. Difahamkan lagi,  YouTuber berkenaan membawa 25 ahli membelasah seorang individu ini atas sebab tidak berpuas hati. Sejurus dari itu, kes pergaduhan diantara mereka terus menjadi tular di media sosial.

Terdapat pelbagai spekulasi, di mana Isa Isarb selaku ketua mewakili Isarb Clan serta rakan kepada Isarb Hafiz tampil menjelaskan keadaan sebenar di Instagram miliknya. Menurut Isa, pihaknya tersalah memukul orang dan menyangka Rahimie adalah orang yang memukul Hafiz. Malah, selepas dari kejadian ini juga Isa telah turut membayar pampasan kepada Rahimie.

Baru-baru ini, Caprice ada memuat naik sebuah video berkenaan sesi temu bual bersama mangsa, Rahimie di Instagram miliknya. Dalam video tersebut, Rahimie cuba menjelaskan kejadian pada malam insiden berkenaan, di mana dia menegaskan tak ada aksi pukul memukul ketika perlawanan sedang berlangsung dan hanya ada sedikit pertengkaran secara lisan hanya disebabkan rasa kurang puas hati.


View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Rahimie hanyalah orang tengah yang bertujuan untuk meleraikan pertengkaran tersebut, telah meminta pihak kumpulan futsalnya dan kumpulan Isarb Hafiz untuk berdamai dalam padang. Kemudian, kumpulan Isarb Hafiz pulang sebelum membawa 25 ahli kumpulan Isarb untuk memukul dirinya. 

Tambahnya, Rahimie hanya inginkan keadilan buat dirinya dan kes ini juga sudah berada dalam siasatan pihak polis.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments