• Jonathan Shiek

Mangsa Korban Banjir Di Jepun Meningkat Kepada Tiga Orang, 113 Masih Hilang

Kejadian malang buat negara matahari terbit pada baru-baru ini, tiga mangsa telah ditemui mati dan manakala hampir 100 lebih mangsa yang lain masih belum ditemukan disebabkan insiden tanah runtuh dan banjir lumpur di Atami, Jepun.

Seorang mangsa baharu, wanita yang tak dinyatakan usianya yang ditemui telah disahkan meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah korban seramai tiga orang dengan 113 yang lain masih hilang. Seramai 19 mangsa lagi telah diselamatkan pada Ahad lalu. Kejadian ini berlaku dipercayai daripada hujan lebat berterusan beberapa hari sebelumnya.

Terus ia menyebabkan tanah runtuh dan banjir lumpur yang memusnahkan kira-kira 130 bangunan termasuk kediaman. Usaha untuk mencari manga yang hilang masih diteruskan lagi sehingga hari ini.


Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments