• Syaziyah Md Sharif

Malaysia Tidak Akan Menghantar Wakil Untuk ‘Miss Universe’ 2021

Updated: Sep 15, 2021

Miss Universe adalah pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa yang semestinya ditunggu-tunggu.


Setiap tahun Malaysia akan menghantar wakil negara untuk ke pertandingan Miss Universe yang dianjurkan negara luar, tetapi tahun ini Malaysia nampaknya tidak akan menghantar sebarang wakil untuk merebut gelaran berprestij tersebut.




Berdasarkan kenyataan organisasi ratu cantik Malaysia (MUMO), mereka mengesahkan perkara itu tahun ini kerana pertandingan ratu cantik akan diadakan di Eilat, Israel.


Akan tetapi, MUMO menyatakan pembatalan menghantar wakil ratu cantik ini bukanlah kerana ia diadakan di Israel, tetapi kerana mengambil kira faktor penularan Covid-19 yang membimbangkan, lebih-lebih lagi pada waktu ini negara kita turut mengehadkan sebarang aktiviti keluar dan masuk negara.


Untuk pengetahuan semua, penganjuran ratu cantik ke-70 di Israel sebelum ini memang mendapat tentangan hebat kerana ramai yang membantah dan tidak mahu terlibat dengan kekejaman rejim zionis di Palestin, malah disebabkan itu juga wujud hashtag #BoycottMissUniverse2021.

5 views0 comments