• Syaziyah Md Sharif

Malaysia, Singapura Bakal Lancarkan 'Laluan Perjalanan Vaksinasi'


Kredit Foto: New Straits Times

Individu yang lengkap divaksin dibenarkan mengembara antara Singapura dan Malaysia tanpa perlu dikuarantin


Malaysia dan Singapura bersetuju untuk melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 29 November depan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong berkata, di bawah VTL, individu lengkap divaksinasi boleh mengembara antara Malaysia dan Singapura dalam sebuah kenyataan semalam.


Katanya, dengan VTL, mereka harus menjalani ujian COVID-19 tanpa perlu menjalani kuarantin kendiri atau diberikan notis jangan keluar rumah (SHN).


“Kedua-dua Perdana Menteri juga berharap dapat membuka laluan darat antara kedua-dua negara dalam masa terdekat.


“Mereka memaklumkan terdapat perkembangan baik berhubung perbincangan berkenaan skema perjalanan vaksinasi dan pembukaan Tambak Johor dan Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua) dengan mengambil kira keadaan kesihatan awam di Johor dan Singapura,” kata kenyataan itu semalam.


Sementara itu, Ismail Sabri berkata, VTL akan membolehkan perjalanan dilakukan ketika kedua-dua negara membuka sempadan masing-masing secara berperingkat-peringkat.


“Ia dilakukan dengan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi namun pada masa sama memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat daripada COVID-19,” katanya.




Sumber: Kosmo!

8 views0 comments