• Syaziyah Md Sharif

Malaysia Mencatatkan Kes Omicron Kedua

Kes tersebut merupakan kanak-kanak berusia lapan tahun yang tiba dari Lagos, Nigeria

Khairy Jamaludin

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kes Omicron kedua di negara ini selepas menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 52 sampel daripada 52 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara bagi tempoh 6 sehingga 10 Disember lalu.


Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes Omicron kedua merupakan seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun warga Malaysia yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.


“Keputusan ujian RT-PCR Covid-19 ke atas kes (kanak-kanak perempuan itu) sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif. Kes tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.


“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


“Keputusan ujian RT PCR terhadap kanak-kanak itu didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021, namun tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.


Khairy berkata, kontak rapat kanak-kanak perempuan itu dikenal pasti terdiri daripada ibu, adik perempuan, bapa dan pemandu teksi yang membawa kes dan keluarganya dari KLIA ke tempat kediaman.


Kata beliau, semua ujian dijalankan ke atas ibu dan adik perempuannya iaitu ujian sebelum berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan, pada hari kelima dan pada hari ke-11 menunjukkan keputusan negatif.





Sumber: Kosmo!

5 views0 comments