• shafika9

Malaysia Memegang Guinness World Record Antara Wang Kertas Terbesar Di Dunia

Updated: Sep 24, 2021

Tahukah korang wang kertas Malaysia memegang Guinness World Record? Bukan senang tau untuk dapat pencapaian seperti ini di negera kita. Wang kertas ini telah lama dikeluarkan pada Disember 2017 lagi.

Tujuan wang kertas ini dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bagi melancarkan siri wang kertas terbaru bersempena dengan YDPA Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-60 dan bagi penandatanganan Persekutuan Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.


Sumber: Lunaticg

Menurut sumber dari, Guinness World Record duit ini berukuran 814cm² , panjang 37 cm manakala lebar 22cm. Duit ini bertemakan “ Raja Payung Kedaulatan Negara” yang direka khas oleh pihak BNM dengan menggunakan bahan gabungan polimer dan kertas substrat bertujuan meningkatkan ciri keselamatan dan jangka hayat menurut dari sumber Bank Negara Malaysia sendiri.

Sumber: Lunaticg

Wang kertas bernilai RM600 ini, hanya dicetak 6,000 keping saja dan dijual pada harga RM 1,700 sekeping mengikut peredaran masa sekarang. Sementara itu, wang kertas bernilai RM 60 dicetak 60,000 keping dan dilelong dengan harga RM 120 sehelai.

Korang boleh juga check di Youtube berkenaan wang kertas ini. Selamat menonton semua!




#RM600

0 views0 comments