• Syaziyah Md Sharif

Malaysia Kini Di Tangga Ke-13 Dalam Senarai Pemulihan Covid Antarabangsa

Sebelum ini, Malaysia di tangga ke-115 dalam Nikkei's Covid Recovery Index

Kredit Foto: NST

Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke-13 berbanding tempat ke-115 pada Ogos tahun lalu dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei atau Nikkei's Covid Recovery Index.


Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kedudukan itu menunjukkan bahawa Malaysia berada di landasan tepat menuju situasi lebih baik dan semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes Covid-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik serta langkah penjarakan sosial lebih longgar.


"Bagi pihak kerajaan khususnya Menteri-Menteri Kuartet, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak terutama petugas barisan hadapan dan rakyat yang cekal, tabah, kuat semangat serta berdisiplin dalam melaksanakan segala usaha demi menangani penularan wabak ini termasuk mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


"Usaha baik ini mesti berterusan dan kita tidak boleh cepat berpuas hati. Keutamaan kerajaan kini adalah menurunkan jumlah kes harian, meningkatkan kadar vaksinasi khususnya dos penggalak dan membawa negara ke Fasa 'Peralihan ke Endemik'.


"Ia bukan mudah namun kita berkemampuan untuk melaksanakannya dengan syarat semua pihak mesti kekal berwaspada, terus mempunyai rasa tanggungjawab untuk mematuhi SOP, yakin dengan keberkesanan vaksin termasuk dos penggalak, melakukan ujian pengesanan Covid-19 secara berkala dan mengamalkan TRIIS dengan sebaik mungkin," katanya dalam sebuah kenyataan semalam.




Sumber: Harian Metro


8 views0 comments