• Jonathan Shiek

Malaysia Di Tangga Ke-16 Sebagai Negara Paling Selamat Di Dunia

Tahniah! buat Malaysia menduduki di tangga ke-16 sebagai negara paling selamat di dunia semasa wabak. Walaupun, Malaysia bukan duduk di tangga 10 keatas tapi ia sudah memadai di tangga ke 20 keatas.

Manakala, bagi negara jiran iaitu Singapura berada di tangga kedua selepas negara New Zealand sebagai negara selamat di dunia dengan mengawal situasi wabak, lapor COVID Resilience Ranking daripada laporan Bloomberg 

Terdapat beberapa faktor yang dilihat oleh Bloomberg iaitu kemudahan akses vaksin, kekerapan kes COVID-19 yang positif dan jumlah dos vaksin yang diberikan setiap 100 orang.


Sumber: Covid Resilience Ranking

Data di atas menunjukkan negara New Zealand adalah contoh terbaik di dunia dalam pengurusan wabak COVID-19 dan diikuti beberapa negara-negara seterusnya seperti Singapura, Australia, Taiwan dan China.

Rekod ini menunjukkan Singapura sebagai satu-satunya negara dari rantau Asia Tenggara yang berjaya menembusi senarai lima teratas, manakala negara lain iaitu Vietnam di tangga ke-10. 

Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand , Jacinda Ardern menyatakan bahawa negaranya akan terus menutup sempadan sepanjang tahun 2021 ini setelah penglihatan mereka berjaya menangani wabak COVID-19 dengan jayanya.

Sumber artikel asal dari VOCKET

#Malaysia

1 view0 comments