• Jonathan Shiek

Malaysia Dapat Tambah Kuota Haji Sebanyak 10,000 Jemaah

Kerajaan Arab Saudi telah pun bersetuju dengan memberikan tambahan kuota rasmi sebanyak 10,000 jemaah Malaysia. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, putera Mohammed Salman di Istana Yamamah.

Beliau turut berkata,”pada ketika ini, kuota jemaah Malaysia adalah 31,600 dan meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya”.

Berdasarkan ketepatan yang dibuat oleh Petubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya. Putera mahkota turut memaklumkan bahawa negara Malaysia akan turut diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah tersebut. 

Pada pertemuan ini, kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah. Tujuan inisiatif ini dilakukan, memudahkan proses prapelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia, seperti urusan penerbangan, seperti semkan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments