• Jonathan Shiek

Malaysia Bakal Menerima Teknologi 5G Pada Hujung Tahun Ini

Adakah korang sudah bersedia untuk mendapatkan teknologi 5G pada penghujung tahun ini? Kini, kerajaan akan merealisasikan impian tersebut, tapi dengan secara berperingkat menjelang hujung tahun ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyidddin Yassin.

Menurut dari beliau, Malaysia bakal menjadi negara pertama di rantau yang membina ekosistem 5G menggunakan internet dan perkhidmatan awan (cloud service) dalam masa sebenar (real-time), bagi membolehkan maklumat dikongsi serta merta. 

Kerajaan telah melaburkan RM15 bilion dalam tempoh 10 tahun bagi pelaksanaan 5G bagi peringkat seluruh negara dan bakal mewujudkan 105,000 peluang pekerjaan. Beliau berkata demikian semasa berucap untuk melancarkan MyDigital dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia secara dalam talian.




Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments