• Syaziyah Md Sharif

Makanan Yang Sihat Tidak Semestinya Membosankan!

Wajib cuba set salad yang berkhasiat dan super sedap ni!

Apabila anda ingin cuba untuk mengamalkan pemakanan yang sihat, pasti anda akan rasa ralat dan sukar untuk mengekalkan diet yang seimbang. Anda juga pasti merasakan sayur-sayuran atau salad tidak mempunyai rasa yang mencukupi untuk memuaskan anda.


Kalau korang nak tahu, Salad Atelier merupakan sebuah restoran salad DIY yang mempunyai lebih 80 topping menarik yang bukan hanya sayuran serta 25 jenis sos homemade yang anda boleh padankan sendiri mengikut citarasa anda! Ia mempunyai pelbagai jenis sayuran, protein serta karbohidrat yang anda boleh pilih dan pastinya ia akan mengekalkan diet yang sihat.


Lagi best, mereka kini berkolaborasi dengan Harvest Gourmet dan Nestle untuk menyajikan anda makanan bebas daging dan mempromosikan diet yang lebih neutral karbon, selaras dengan visi mereka untuk menjaga kelestarian alam.


Kolaborasi ini juga memperkenalkan tiga menu baru iaitu Meatless Samurai Bowl, Meatless Chargrilled Wrap dan Meatless Autumn Crunch. Bukan itu sahaja, mereka juga memperkenalkan tiga jenis minuman yang lain daripada lain iaitu Avocado Latte, Peanut Butter Cinnamon Latte serta Coffee Banana Latte. Wow! Jika anda penggemar kopi, tak rugi untuk mencuba kelainan yang mereka perkenalkan ini!


Untuk kalian yang ingin makanan yang mengenyangkan dan dalam masa yang sama amat memuaskan, anda boleh mencuba Meatless Samurai Bowl. Didatangkan dengan sayuran segar serta beras perang sebagai sumber karbo, sesiapa yang mencubanya pasti akan rasa puas! Lebih menarik lagi, sumber protein dalam hidangan ini adalah berasaskan tumbuhan iaitu mempunyai rasa yang sangat sama dengan ayam sebenar, jadi tak adalah rasa risau akan kalori yang diambil kerana siapa sangka anda rasa anda makan ayam tapi ianya sebenarnya tumbuhan! Menarik bukan?


Bagi yang sukakan sayuran pula, anda mesti mencuba Meatless Autumn Crunch yang dilengkapi dengan sayuran seperti salad, ubi bit dan bermacam lagi! Menu ini juga dapat kemanisan daripada buah anggur yang sememangnya sangat menyegarkan!


Buat mereka yang ‘on-the-go’ dan inginkan sesuatu yang mudah dan memuaskan, anda kena cuba Meatless Chargrilled Wrap. Ia bukanlah seperti wrap yang biasa anda makan kerana ia sangat padat dengan pelbagai filling daripada sayuran serta protein tanpa daging dan disaluti sos unik dan pasti menggamit selera anda!


Lebih menarik lagi, untuk bulan Oktober, Salad Atelier mengadakan promosi beli 1 percuma 2. Bagi korang yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran istimewa ini. i,. Tak cukup itu, dengan hanya pembelian satu set hidangan dengan harga RM29.90, anda akan dapat pelapik cawan Nestle Premium dan secawan Americano secara percuma!


Kami dah cuba menu-menu ini dan kami sangat menyukainya! Jika anda mencari hidangan yang berkhasiat untuk menggantikan hidangan berat harian anda, ini sememangnya hidangan yang berbaloi untuk anda cuba! Kami juga mengesyorkan anda untuk menambah sos Tangy Mango untuk memberi rasa umph pada mangkuk salad anda mahupun wrap. Percayalah!


Promosi ini hanya sah untuk pembelian di kedai ok? Jangan lupa untuk lawati laman web mereka untuk maklumat lanjut.

0 views0 comments