• Syaziyah Md Sharif

Makan Sambil Bakar Kalori, McDonald's Di China Sediakan Basikal Untuk Senaman

Ia dikatakan bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat

Kredit Foto: FOX9

Restoran McDonald's di China menggantikan tempat duduk meja biasa dengan basikal pegun dalam usaha nyata untuk menggalakkan senaman.


Video TikTok viral yang telah tular sepanjang minggu lalu menunjukkan basikal pegun digunakan sebagai tempat duduk di kedai makan McDonald di Gunagdong dan ia diperbuat daripada plastik kitar semula.


Basikal tersebut bukan sahaja menggalakkan pelanggan mula membakar kalori semasa mereka makan, tetapi ia juga membenarkan orang ramai mengecas semula telefon pintar mereka dengan tenaga yang dijana.


Menurut McDonald's China, kini terdapat 10 "Basikal Pengecas Hijau" sedemikian di dua restoran di Guangdong dan Shanghai.


“Basikal ini menjana tenaga elektrik yang boleh digunakan bagi mengecas peranti seperti telefon bimbit. Ia merupakan sebahagian daripada projek ‘Upcycle for Good’ oleh McDonald’s China.


“Inisiatif ini memberi fokus dalam menghasilkan produk-produk menggunakan plastik daripada bahan kitar semula,” kata McDonald’s China dalam satu kenyataan.


Inisiatif ini juga mendapat respon yang pelbagai daripada netizen, ramai yang menganggap ia sesuatu yang unik tetapi sebilangan lain berpendapat ia sekadar projek perhubungan awam yang tidak banyak membantu untuk mengimbangi pengambilan kalori berlebihan.




Sumber: Oddity Central



9 views0 comments