• shafika9

Makan Makanan Lemak Tenusu, Mampu Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Baru tahu, lemak tenusu mampu mengurangkan risiko jantung

Terdapat satu kajian mendapati individu yang banyak mengambil lemak tenusu adalah kurang berisiko untuk menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang mengambil makanan rendah lemak daripada produk berasaskan susu.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine itu menunjukkan, tanpa mengira umur, gaya hidup, amalan pemakanan dan penyakit lain, individu dengan kadar lemak tinggi dalam darah hasil daripada pengambilan produk tenusu yang banyak kurang berisiko menghidap penyakit jantung berbanding mereka yang mengamalkan diet lebih rendah.


Penyelidik berkata bahawa pengambilan produk tenusu tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kematian. Pengambilan produk tenusu meningkat secara global memandangkan tenusu merupakan bahan utama dalam pelbagai jenis makanan seperti aiskrim, yogurt, keju, puding, beberapa jenis bijirin, bahkan ia juga merupakan bahan dalam ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan makanan tambahan seperti vitamin.


“Amat penting untuk diingat bahawa makanan tenusu kaya dengan lemak tepu, ia juga kaya dengan banyak nutrien lain dan boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat,” kata seorang penyelidik di Fakulti Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg, Kathy Trieu


Sumber artikel asal dari Kosmo!


8 views0 comments