• Jonathan Shiek

Majoriti Rakyat Jepun Membantah Penganjuran Olimpik

Seperti kita tahu, Tokyo Olimpik sepatutnya berlangsung pada tahun lepas. Tapi disebabkan wabak pandemik yang masih tiada pengakhiran membuatkan sukan terbesar ini, terpaksa ditangguhkan pada tahun 2021.

Majoriti dari rakyat Jepun sendiri masih ramai membantah panganjuran Olimpik pada musim panas ini dalam situasi pandemik yang masih tak menentu, menurut dari kaji selidik dari akhbar Yomiuri.

Menurut dari laporan Reuters, sebanyak 28 peratus daripada responden yang mahukan temasya sukan itu dibatalkan dan dalam nisbah yang sama, sekiranya sukan tersebut dijalankan perlu dibuat tanpa kehadiran penonton.

Yomiuri dapat pungutan suara sebanyak 61 peratus responden mahukan olimpik ditangguhkan ataupun dibatalkan. Sekitar 20 peratus penurunan mata berbanding pungutan suara sebelum ini. Terdapat 36 peratus yang menyokong penganjuran Olimpik Tokyo pada musim panas ini. Manakala, 28 peratus daripadanya ingin penganjuran tersebut dijalankan tanpa penonton. Selebihnya, 8 peratus masih tiada masalah dengan kedatangan penonton ke acara berkenaan.

Temasya Olimpik Jepun yang sepatutnya berlangsung pada bulan Julai 2020, berikutan pandemik COVID-19 dan akan dijadualkan semula bermula 23 Julai tahun ini.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments