• Jonathan Shiek

Majlis Perkahwinan di Angkasa Lepas Telah Habis Ditempah Bagi Tahun 2024

Semakin hari semakin luar biasa manusia inginkan sesuatu yang sentiasa diluar jangkaan dan semestinya ia adalah perkara istimewa bukan ? begitulah juga pada bakal pasangan pengantin ini, ingin melangsungkan perkahwinan mereka diruangan angkasa lepas yang dijangka berlepas pada tahun 2024.

Ia bukanlah sekadar sebuah angan-angan saja, mereka dapat merealisasikan impian bersama dengan merasai pengalaman menggembara ke angkasa lepas. Bentuknya seperti belon yang sebesar saiz stadium padang ragbi dan digunakan untuk membawa kapsul berkenaan yang terapung pada ketinggian 100,00 kaki (30,480 meter) di atas permukaan bumi.

Syarikat Space Perspective yang berpangkalan di Florida kini menawarkan tiket penerbangan pada harga AS$125,000 (RM528,088) dengan menjanjikan pengalaman paling bermakna dan pemandangan yang menakjubkan di angkasa lepas.

Kapsul mewah ini boleh membawa hingga lapan orang ke stratosfera bagi perjalanan selama enam jam. Para penggambara akan menikmati pemandangan 360 darjah bumi ketika berada di dalam kapsul itu. Dalam kapsul tersedia bilik mandi, bar dan akses internet tanpa wayar (WiFi).

Sejak Space Perspective mengeluarkan kapsul untuk pergi ke angkasa lepas, terus mendapat sambutan mengalakkan daripada orang ramai. Ada juga yang dah menempah kapsul berkenaan untuk mengadakan majlis perkahwinan dan acara berkumpulan lain.

Berdasarkan laman sesawang Space Perspective, tiket pengembaraan ke angkasa lepas bagi tahun 2024 sudah habis dijual. Bagi yang ingin menempah pada tahun 2025 ia bakal dibuka tak lama lagi. Ada sesiapa ingin merasai pengalaman ke ruang angkasa bolehlah mula menempah untuk tahun 2025 nanti.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments