• shafika9

Majlis Akad Nikah Kini Dibenarkan Di Hotel, Dewan, Butik Dan Tempat Khas

Dah boleh nak rancang dekat mana nanti nak kahwin lepas ini

Kredit foto: BuzzKini


Kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memaklumkan, majlis akad nikah di kawasan Wilayah Persekutuan telah dibenarkan di premis sewaan termasuk hotel, dewan, butik pengantin dan tempat khas bermula esok. Pada sebelum ini majlis akad nikah di kawasan Wilayah Persekutuan hanya dibenarkan di Pejabat Jawi dan masjid-masjid sahaja.


Bagaimanapun, Jawi masih tidak membenarkan majlis akad nikah dilakukan di rumah dan kediaman persendirian. Ketetapan baharu ii sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mengikut dari garis panduan terbaharu, kehadiran maksimum majlis akad nikah di pejabat Jawi ditetapkan seramai 10 orang termasuk jurunikah dan dua orang saksi.


Bagi kehadiran di masjid kehadiran maksimum dibenarkan seramai 20 orang dan tertakluk keluasan ruang serta mengamalkan penjarakan 1 meter. Manakala, kehadiran hadirin ke premis sewaan tidak melebihi 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Sumber artikel asal dari Kosmo!



6 views0 comments