• Jonathan Shiek

Lukisan Wajah Putera Harry Dijual Dengan Tanda Harga RM 13,000

Pernah ke korang melihat seekor babi melukis sebuah potret sebelum ini? Semestinya ia pelik bukan, seekor haiwan melukis sesuatu. Tapi tak pula bagi seekor babi yang bernama Pigcasso ini kerana hasil lukisan yang dibuat telah dijual pada harga £2,350 (RM13,000).

Pigcasso adalah haiwan belaan Joanne Lefson dimana mereka tinggal di Franschhoek, Afrika Selatan. Lukisan berkenaan adalah salah satu karya seni yang dihasilkan oleh seekor babi yang kini berusia empat tahun. Pelik dan ajaib, tapi itulah kehebatan haiwan tersebut.

Sumber: VOCKET

Sumber: VOCKET

Lefson berkata jumlah wang yang dihasilkan dari Pigcasso bernilai hampir £50,000 bersamaan RM 244,730. Wang tersebut digunakan untuk membiayai ladang ternakan mereka. Lukisan tersebut yang berwajah Putera Harry telah dibeli oleh salah satu peminat hasil karya Pigcasso.

Ini bukanlah kali pertama Pigcasso melukis golongan bangsawan. Sebelum ini juga babi berkenaan melukis wajah Ratu Elizabeth II, dengan cantik  dan berjaya dijual kepada pembeli di London. Hebat bukan?

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments