• Jonathan Shiek

Lukisan Pablo Picasso Dijual Dengan Harga RM 426 Juta!

Sebuah lukisan pelukis lagenda, Pablo Picasso bertajuk Woman sitting by a window (Marie-Therese) dijual pada harga $103.4 juta (RM426 juta) dalam satu lelongan oleh firma Christie’s di New York semalam.

Lukisan yang disiapkan pada 1932 itu mendapat pemilik baharu 19 minit selepas bidaan dibuka, demikian menurut kenyataan daripada Christie’s.

Penjualan itu membuktikan daya tahan industri seni lukis walaupun dunia berdepan penularan wabak Covid-19.

Jualan itu menyaksikan karya lukisan berjaya memecahkan paras AS$100 juta (RM412 juta) sejak salinan siri “Meules” oleh Claude Monet mencatat harga $110.7 juta (RM456 juta) dalam lelongan Sotheby’s di New York dua tahun lalu.

Setakat ini, sudah lima karya pelukis Sepanyol itu melepasi nharga simbolik $100 juta (RM412 juta).

Wow!

0 views0 comments