• shafika9

Lori Pasir Sondol Kereta Hadapan Hingga Remuk Teruk

Rupa-rupanya pemandu lori tersebut positif dadah

Kredit foto: VOCKET


Kejadian yang berlaku di tengah kota raya, Jalan Tuanku Abdul Halim pada 2.30 petang semalam terdapat seorang pemandu lori pasir gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar 5 buah kendaraan lain di hadapan semasa menunggu lampu isyarat.


Rempuhan tersebut menyebabkan Perodua Myvi berwarna kuning hancur teruk selepas dirempuh lori treler lalu merempuh lagi beberapa buah kereta lain di hadapannya. Bagi mangsa pula kesemuanya dalam keadaan selamat.


Menurut dari Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, “siasatan awal mendapati pemandu lori warga tempatan tersebut telah memandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul sebelum gagal mengawal kenderaan dan merempuh laju lima kenderaan.


“Pemandu lori berkenaan juga pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. Kini akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah,” ujarnya.


Sumber artikel asal dari Kosmo!

Sumber video dari VOCKET

0 views0 comments