Jonathan Shiek
Lori Khinzir Terbabas, Pemandu Cedera Ringan
Sebuah lori lapan tan yang membawa muatan khinzir terbabas di bahu jalan di Kilometer (KM) 413 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan pada Khamis.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa menerusi satu kenyataan melaporkan mangsa merupakan seorang lelaki berumur 29 tahun mengalami cedera ringan dan selamat dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Menurutnya, semua muatan khinzir terlepas di bahu jalan dan pihak bomba bertindak memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum meninggalkan lokasi kejadian.
Di media sosial pula, berita ini tidak lepas dari menjadi bahan jenaka netizen
Abang bomba tengah pening. pic.twitter.com/c1DnC1mg0E โ mus ๐ฒ๐พ (@mus__twt) May 20, 2021
Salam takziah ma ex! https://t.co/MkXGXYl9Oa โ .๐ต๐ธ (@seketulalin) May 21, 2021
Dah la maleh aku buat jem ja highway. pic.twitter.com/RGmJKYrOnh โ Cimin ku comel (@symlzhd) May 20, 2021
โKes diserahkan pada pihak polis dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum anggota bertolak balik ke balai setelah tamat operasi,โ kata kenyataan tersebut pada Khamis.