• Syaziyah Md Sharif

Lokasi Penggambaran 'A Nightmare on Elm Street' Dijual RM 12 Juta

Rumah itu juga menjadi salah satu lokasi muzikal komedi oleh Bo Burnham baru-baru ini

Kredit Foto: The Hollywood Reporter

Rumah yang menjadi lokasi ikonik filem seram tahun 1984 'A Nightmare on Elm Street' telah dijual selepas hampir tiga bulan di pasaran dengan harga USD $2.9 juta (RM 12.1 juta).


Meneresui laporan NPR, walaupun rumah itu amat sinonim dengan cerita yang menyeramkan, ia juga dilihat sebagai rumah impian, dengan 3 bilik tidur dan 4.5 bilik mandi, bersama-sama dengan kolam renang dan rumah tamu.


Ia adalah "Kolonial Belanda yang indah dengan sentuhan moden," menurut penyenaraian di Realtor.com. Rumah ini terletak tidak jauh dari Sunset Boulevard di Los Angeles, beberapa blok di timur hotel lagenda Chateau Marmont.


Rumah yang terletak di 1428 N. Genesee Avenue itu mula dijual pada Oktober lalu, seminggu sebelum Halloween dan harga permintaan awalnya disenaraikan sebagai $3.5 juta (RM 14.6 juta).


Sementara itu, hartanah tersebut turut dijual bersama sebuah rumah tamu yang menjadi popular selepas pelawak, Bo Burnham, membuat penggambaran bagi babak khas dalam drama komedi muzikal yang bertajuk Inside.



Sumber: NPR

9 views0 comments