• Jonathan Shiek

Llaollao Berkolaborasi Dengan Xing Fu Tang Untuk Tahun Baru Cina!

Buat penggemar yogurt beku (froyo) dan bubble tea, Llaollao dan Xing Fu Tang telah berkolaborasi untuk membuat kombinasi lazat iaitu Llaollao Brown Sugar Boba dan Llaollao Dalgona Brown Sugar Boba!


View this post on Instagram

A post shared by Xing Fu Tang Malaysia 馬來西亞幸福堂 (@xingfutang_malaysia)

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Mereka mengumumkan menu baharu itu di semua sosial media mereka pada 1 Febuari lepas, ianya bersempena dengan tahun baru Cina. Menu ini juga adalah untuk masa yang terhad. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Minuman ini adalah campuran gula merah dan ‘pearls’ yang selalu anda dapati dari Xing Fu Tang. Bahagian bawah yang biasanya menggunakan susu, diganti dengan yogurt beku Llaollao.

Untuk penggemar kopi pula, terdapat juga menu yang menampilkan yogurt Llaollao dalam Dalgona Brown Sugar Boba. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀ Tawaran baru ini hanya boleh didapati di cawangan SS15, Subang Jaya. Kedua-dua minuman berharga RM16.80 setiap satu.

#llaollao #xingfutang

0 views0 comments