• Jonathan Shiek

Lisdawati Kecewa Tak Boleh Kongsi Gamba Kahwin Sebab Tak Tutup Aurat, Ajak Sanding Semula

Pelakon Lisdawati mengakui agak kecewa dan ralat kerana tidak boleh berkongsikan gambar kenangan ketika berkahwin seperti pasangan lain kerana pada waktu itu dia masih belum berhijab.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Lisdawati berkata pasangan berkahwin dalam keadaan menutup aurat sangat bertuah kerana boleh mengenang kembali momen indah itu dengan semua orang pada bila-bila masa.


View this post on Instagram

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)


Dalam pada itu, pelakon itu turut menyeru kepada pasangan bakal bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi supaya menjadikan kisahnya sebagai pengajaran.

“Bahagialah mereka yang bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jangan jadi macam saya, terkecewa sebab semua itu hanya memori dan tak boleh tayang lagi,” katanya.

Bahagialah Mereka yg bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jgn jadi mcm sy .. 😂😂 terkecewa sbb semua tu hanya MEMORI tak boleh tayang lagi. @fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak??? 🤭

Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama Fauzi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.

0 views0 comments