• shafika9

Lima Individu Yang Ingin Ke Langkawi Didapati Positif COVID-19

Perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum nak melancong ya semua.

Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


Terdapat lima individu didapati positif COVID-19 yang dikesan hasil ujian saringan COVID-19 yang mahu berlepas pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi. Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes positif yang dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejalan dan telah diberikan perintah Pengawasan dan pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.


Pengesanan kes melalui ujian RTK-Ag melibatkan 2,528 orang manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan kesemua keputusan adalah negatif. Beliau turut berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 2,546 orang telah disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi melibatkan 1,250 orang di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 orang melalui jeti feri di Kuala Perlis.


Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan domestik seterusnya. Projek ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati untuk memastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.


“Kerajaan kini memastikan setiap pelancong yang bercuti ke Pulau Langkawi telah menerima vaksinasi lengkap, bukan merupakan kes positif COVID-19 dan bukan kontak rapat dengan mana-mana kes positif,” ujarnya.


Sumber artikel asal dari Kosmo! Dan Harian Metro


9 views0 comments