• Jonathan Shiek

Lima Individu Di India Dihukum ‘Jalan Itik’, Hanya Kerana Tak Memakai Pelitup Muka

Insiden yang berlaku di Mumbai, India apabila lima individu yang dihukum untuk lakukan ‘ jalan itik’ oleh anggota polis kerana ia disyaki mereka cuba untuk lakukan terjunan ke dalam laut. 

Melihat dari sebuah video pendek yang tular di media sosial akibat tak memakai pelitup muka sahaja boleh dikenakan hukuman seperti itu. 


Menurut Pegawai Ibu Pejabat Polis Marine Drive, Inspektor Vishwanath Kolekar berkata , tindakan tersebut boleh mengancam nyawa orang lain mahupun pada diri individu terbabit. “Siasatan awal mendapati kesemua individu terbabit dihukum bukan kerana tak memakai pelitup muka tetapi kerana ingin memasuki kawasan pantai yang berbahaya pada masa kini” ujarnya.

Insiden terbabit masih dalam siasatan dan akan mengambil tindakan tegas akan diambil setiap individu terbabit. Kini kesemua individu terbabit telah dibebaskan selepas diberi amaran oleh anggota polis yang bertugas. 

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments