• Jonathan Shiek

Lima Fakta Menarik Tentang Kalendar Hijrah

Esok menandakan tahun baru untuk umat Islam seluruh dunia, atau lebih dikenali sebagai Awal Muharam, jadi apakah perbezaan taqwim hijrah dengan kalendar yang kita guna pakai hari ini.

Jadi hari ini kami akan kongsikan lima fakta menarik berkenaan taqwim hijrah, jom tamah ilmu smaa-sama;

1. Taqwim Hijrah adalah taqwim yang disusun berdasarkan sistem Qamariyah (lunar calendar) yang disusun berdasarkan pusingan purata bulan mengelilingi bumi iaitu 29.530589 hari ( 29h 12j 44m 02.89s) yang bersamaan dengan tempoh setahun jumlah harinya ialah 354.367068 hari (354 hari 8 jam 40 minit 34.67 saat).

2. Hari Rabu 20 Jamadil Akhir 17 Hijrah bersamaan 10 Jun 638 M adalah tarikh bersejarah kerana pada tarikh inilah Khalifah Umar al-Khattab R.A dan para sahabat telah bersetuju taqwim yang akan digunakan oleh umat Islam selepas ini adalah berdasarkan tahun Hijrah Baginda S.A.W ke Yathrib ( Madinah)

3. Menurut Sheikh Tahir Jalaluddin Baginda S.A.W sampai di Madinah ( Quba) pada hari Isnin 9 Rabiul Awwal 1 H bersamaan 20 Sept 622 M. Dengan itu, perhitungan terhadap Taqwim Hijri memperolehi kesepakatan bahawa 1 Muharram tahun 1 Hijrah jatuh pada hari Khamis 15 Julai 622 M bersamaan tahun 4382 bagi kiraan Ibrani, 933 pada kalendar Alexander the Macedon dan 1375 pada kiraan Roman.

4. Umat Islam kekal menggunakan sistem taqwim Qamariyah (lunar calendar) yang tulen berbanding lain-lain taqwim yang menggunakan sistem taqwim Qamariyah, seperti Taqwim Hindhu dan China yang telah mengalami percampuran dengan sistem taqwim Syamsiah sehingga taqwim mereka dikenal sebagai luni-solar.

5. Hari ini, umat Islam satu-satunya umat yang melakukan cerapan hilal pada setiap bulan atau sekurang-kurangnya pada 3 bulan utama bagi menentukan permulaan awal bulan iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang berkait rapat dengan ibadat umat Islam.

Sumber: Jabatan Mufti Perak

1 view0 comments