• Jonathan Shiek

Liga Super Eropah: Kami mahu selamatkan bola sepak, kata Florentino Perez, Presiden Real Madrid

Florentino Perez menegaskan tujuan utama Liga Super Eropah (ESL) ditubuhkan adalah demi menyelamatkan bola sepak selepas idea pembentukan kejohanan itu menerima kritikan tanpa henti sejak diumumkan semalam.

Liga Super mencetuskan spekulasi hangat apabila melancarkan laman sesawangnya Ahad lalu dengan Perez dipilih sebagai ketua pertandingan baru.


LIVERPOOL are against #SuperLeague Who wants to be in a house where they will be guaranteed to fight relegation every day 😀 pic.twitter.com/U2KN2Ge2g7 — JegberiMa☝🏾 Success 💞💯 (@Jegberima_1) April 20, 2021

Pada Ahad lalu, peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan berita pembentukan Liga Super Eropah. Sebelum ini ianya hanyalah rumors yang dilaporkan beberapa media ternama beberapa tahun lalu.

🚨 Official statement. 12 football clubs today jointly announced an agreement competition, the Super League. AC Milan, Arsenal , Atlético, Chelsea, Barcelona, Internazionale, Juventus, Liverpool, Manchester City, Manchester United, Real Madrid and Tottenham have all joined. — Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 18, 2021

Madrid termasuk gergasi LaLiga, Barcelona dan Atletico Madrid serta enam kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) — Manchester United, Liverpool, Chelsea, Manchester City, Tottenham dan Arsenal, Juventus, Milan dan Inter telah bersepakat untuk menjadi anggota asas yang akan memanfaatkan keuntungan jangkaan awal sebanyak €3.5 bilion (RM17.3b).


Perez menjelaskan kepada El Chiringuito TV bahawa dia bercita-cita lebih tinggi mengenai aksi di atas padang berbanding sifat tamak.

“Kelab-kelab terbesar di England, Itali dan Sepanyol telah menemui jalan keluar untuk situasi yang sangat sukar dalam bola sepak ini,” katanya.

“Dalam tempoh dua musim ini Real Madrid telah kerugian €400 juta (RM1.9b) dan itu Real Madrid sahaja.

“Apabila anda hanya menjana pendapatan daripada televisyen, anda akan memahami jalan keluarnya adalah dengan menjadikan sesuatu kejohanan itu lebih kompetitif dan menarik yang boleh disaksikan dilihat di seluruh dunia.

“Kami memutuskan iaitu pada pertengahan minggu, bukannya ketika Liga Juara-Juara (UCL) berlangsung untuk mengadakan lebih banyak perlawanan Liga Super.

“Bola sepak harus berkembang. Minat terhadapnya semakin pudar. Kita harus memikirkan mengapa kanak-kanak berusia 16-24 tahun mula hilang minat. Ada perlawanan berkualiti buruk yang disajikan selain pelantar hiburan yang lain.

“Kami harus menjadikannya lebih menarik. Ini bukan sesuatu untuk orang kaya. Kami melakukan ini demi menyelamatkan bola sepak.”


James reacts to the European Super League news: "It's the end of the sport we love. It truly is." pic.twitter.com/IOZW8zMjRD — The Late Late Show with James Corden (@latelateshow) April 20, 2021
Reading so many tweets that so many Chelsea fans said they will not support Chelsea because of the Super League. I’m sorry but I cannot turn my back on the club I love, will be my club forever. 💙 #OnceABlueAlwaysABlue pic.twitter.com/avaYm3LhY2 — Frank Khalid (@FrankKhalidUK) April 20, 2021

Sumber: Astro Awani

0 views0 comments