• Jonathan Shiek

Lewis Hamilton Tandatangan Kontrak Baru Bersama Mercedes

Akhirnya, desas-desus berakhir juga dimana menjadi persoalan siapa yang akan membawa kereta Mercedes Formula 1 buat tahun 2021. Lewis Hamilton bersetuju untuk menandatangani kontrak baru yang dianggarkan bernilai 40 juta pound bersamaan RM 222 juta.

Sukan permotoran yang paling termahal di dunia, sememangnya memakan kos wang yang banyak. Pelumba Britain menandatangani kontrak tersebut untuk musim ke-15 dan kini sedang cuba untuk memburu gelaran dunia kelapan. Sekiranya, Hamilton berjaya maka dapat memintas rekod Michael Schumacher yang pernah memenangi gelaran dunia sebanyak tujuh kali. 

Hamilton ketika ini, sudah memegang rekod kemenangan terbanyak berbanding dari pemandu lain. Sebanyak 95 kali rekod kemenangan, petak utama sebanyak 98 kali dan podium penamat terbanyak 165 kali.

Apa-apa pun tahniah! Buat Lewis Hamilton kerana menyambung kontrak terbarunya bersama Mercedes, semoga ia dapat menaikkan jenama Petronas dipersada dunia. Ini kerana Petronas adalah rakan syarikat bersama dengan Mercedes iaitu minyak dan gas terkemuka dari Malaysia.  

Sumber artikel asal dari BH Online

0 views0 comments