• Jonathan Shiek

Lepas Kempen Botak, Syed Saddiq Sekali Lagi Berjaya Kutip Hampir RM200k Untuk Beri Tablet Kepada Pel


Selepas berjaya membotakkan diri untuk kempen 1 Keluarga 1 Laptop, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi berjaya mengutip dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar, Johor.

MP kawasan itu berkata menerusi inisiatif #ThunderBOLD yang dilancar pada 2 Feb lalu, Pejabat Parlimen Muar menerima sumbangan berjumlah RM196,668.

Tablet akan memudahkan pelajar kurang berkemampuan di Muar untuk mengikuti kelas online, kerana bekas menteri belia dan sukan itu menawarkan kursus pendek yang akan dianjurkan olehnya sendiri,  mengajar kursus yang merangkumi pemikiran kritikal, seni berpidato dan kemahiran menulis.



WE DID IT! Almost 1000 students registered for #ThunderBOLD classes with ~RM200,000 raised to purchase quality… Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Wednesday, February 17, 2021

MP itu juga berkata bahawa orang awam boleh menyokong inisiatif itu dengan mendaftarkan diri untuk kursus (berharga RM200), menjadi penaja kepada pelajar lain atau membantu pelajar di Muar dengan menyumbang dana secara terus.

Kursus pendek itu akan disertai 890 pelajar bermula 20 Feb ini.

“Tadi petang saya pergi sendiri dan buat urusan memilih tablet dengan kualiti yang sangat baik.

“Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang terus menyokong Parlimen Muar dan para pelajar sekolah.

“Kepada yang sudah menyumbang, kita jumpa di kelas pertama pada 20 Februari, Sabtu ini,” katanya di Facebook.



0 views0 comments