• shafika9

Lempar Bayi Dua Bulan Kerana Mahu Lari Dari Pihak Polis

Sanggup sampai menggadaikan nyawa bayi sendiri

Kejadian yang berlaku di Singapura apabila pasangan suami isteri melarikan diri dari pihak polis. Lantas si bapa tersebut melemparkan bayi perempuan yang baru berusia dua bulan ketika melarikan diri ketika itu.


Bagaimanapun, bayi berkenaan berjaya diselamatkan oleh sekumpulan anggota polis dan bapanya sempat melarikan diri. Kejadian ini berlaku di salah sebuah balai polis di Singapura. Menurut dari sumber Mothership melaporkan, lelaki tersebut memiliki sejumlah rekod jenayah pada sebelum ini dan menyebabkan dia untuk melarikan diri tanpa berfikir panjang.


Pada mulanya, lelaki tersebut bersama isterinya dan anak-anaknya hanya datang ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta syarikat pada 18 Januari tahun lalu.

Ketika polis memeriksa identiti lelaki itu, mereka mendapati individu tersebut dikehendaki polis kerana gagal menjalani ujian air kencing berkaitan kes dadah pada Julai 2019. Sejak dari itu, lelaki tersebut diburu polis sehingga kini.


Malah, lelaki tersebut ada rekod jenayah iaitu mendera isterinya yang baru saja melahirkan anak tersebut. Bayi tersebut tiada mengalami sebarang kecederaan. Kini, lelaki berkenaan telah ditahan berhampiran Balai Polis Utara Hong Kah dan bakal menerima hukuman penjara selama 17 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


0 views0 comments