• shafika9

Lembah Klang & Melaka Akan Mula Beralih Fasa 3 Pada 1 Oktober Ini

Tidak lama lagi dah boleh rentas negerilah ni

Kredit foto: Mstar


Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik telah pun bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Lembah Klang dan Melaka berkuatkuasa pada 1 Oktober ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan memaklumkan, Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Melaka bakal beralih Fasa 2 ke Fasa 3.


“Peralihan fasa ini dibuat selepas mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia terutama kerajaan negeri yang sedaya upaya menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing.


Sumber artikel asal dari Harian Metro


6 views0 comments