• Jonathan Shiek

Lelaki Yang Tak Melakukan Apa-Apa, Tapi Masih Dapat Duit

Seorang lelaki berusia 37 tahun dari Jepun mempunyai pekerjaan yang unik, dan mungkin korang sendiri pun tak pernah terfikir yang ini dikategorikan sebagai satu pekerjaan. Lelaki ini dibayar oleh orang awam untuk tak payah melakukan apa – apa kerja.

Shoji Morimoto seorang penganggur di Tokyo sebelum ini. Namanya mula popular setelah Shoji menyewa dirinya untuk menjadi teman kepada orang lain. Tugas Shoji adalah bertemu dengan orang yang tak dikenali, dan hanya mendengar cerita mereka saja. 

Selain dari itu, Shoji hanya menyediakan perkhidmatan untuk menemani korang makan, minum atau melepak. Hampir 2 tahun, popularitinya mula meningkat dan kini dia mempunyai 270 ribu pengikut di Twitter. Shoji juga ada muncul di kaca TV mahupun ditemuramah oleh majalah, dan menerbitkan buku.

Sumber : hitekno

Sebelum ini, Shoji adalah seorang editor buku, tapi disebabkan dia merasai pekerjaannya tak berapa sesuai dengan dirinya maka dia berhenti kerja dalam bidang tersebut. Pada Ogos 2018, Shoji melancarkan perkhidmatan yang dinamakan “Teman untuk disewa”. Dalam keterangannya, Shoji menulis bahawa dia boleh disewa oleh mereka yang memerlukan rakan atau pendengar.

Pada mulanya, Shoji hanya mengambil wang pengangkutan dan makanan saja. Tapi, kebanyakan pelanggannya dengan berkeras untuk membayar lebih kepadanya.

Pelbagai kisah yang dialami oleh Shoji sepanjang jadi sewa peneman ini, antaranya kena mendengar hobi pelanggan selama 3 jam, ada yang kena menyamar jadi peneman ke majlis pernikahan, ada juga dijadikan teman oleh seorang wanita untuk membuat permohonan cerai kepada suaminya. 

Perkara teman menyewa ini bukanlah satu perkara baru di Jepun. Dah menjadi lumrah di negara sana untuk melakukan perkhidmatan sebegini.

Apa pendapat korang terhadap teman menyewa ini ? adakah perkhidmatan ini sesuai untuk ada di  Malaysia ? berikan pandangan korang diruangan komen dibawah ya.

Sumber artikel asal Vocket

0 views0 comments