• Jonathan Shiek

Lelaki Tua Ditinggalkan Dan ‘Dibuang’ Di Surau

Seorang warga emas ditinggalkan di surau dekat Subang selepas ditipu oleh anak saudaranya yang mengatakan ingin mengajaknya solat berjemaah di situ.

Beliau ditinggalkan oleh anak saudaranya siap dengan beg yang berisi pakaian.

Difahamkan, lelaki tua itu tidak mempunyai keluarga kerana tidak berkahwin dan dijaga oleh anak saudaranya.

Namun, oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak saudaranya itu sudah tidak dapat menampung perbelanjaan lelaki tua itu.

Berita ini dikongsikan oleh Lembaga Zakat Negeri Selangor (LZS) menerusi laman sosial Facebook,



WARGA EMAS DITINGGALKAN DI SURAU. Subang – Sejurus mendapat maklumat mengenai seorang warga emas tidur di salah sebuah… Posted by Lembaga Zakat Selangor on Friday, February 5, 2021

Rata-rata netizen memuji kepantasan LZS dalam membantu lelaki malang itu.

#lzs #subang

0 views0 comments