• Jonathan Shiek

Lelaki Terlalu Kreatif, Ajak Dating Guna ‘Google Form’ ?

Kepada korang yang masih single lagi di luar sana, kini ada kaedah baru untuk approach seseorang yang korang suka dengan hanya menggunakan ‘Google Form’ saja. Mesti rasa seronok bila ada orang cuba ajak dating dengan menggunakan cara yang lebih kreatif memang lain dari yang lain lah!.

Seorang pengguna Twitter Bella @momothedinoo berkongsikan beberapa tangkap layar berkenaan seorang lelaki ini, yang cuba ajak temujanji dengan menghantar link ‘Google Form‘ kepadanya. Sangat rare nak lihat lelaki cuba goda perempuan cara macam ini.

YO WTF this guy made me a google form for a date CUTE AF pic.twitter.com/3rWJFoV2v7 — manis (@momothedinoo) January 2, 2021

Lelaki berkenaan juga ada menanya di dalam survey tersebut, tentang pemilihan tempat untuk berdating dari segi lokasi, masa kesesuaian dan kesukaannya. Siap ada pilih-pilih jawapan nak kemana lagi!

Sumber: @momothedinoo (Twitter)

Akhirnya, semua berjalan dengan lancar, Bella bersetuju untuk berjumpa dengan lelaki berkenaan untuk pergi dating di zoo. Tapi malangnya, pada hari tersebut hujan maka sebagai gantinya mereka berdua pergi ke aquaria. 

Kisah cinta yang sangat comel antara kedua-dua mereka ini. Bagaimana pula dengan kisah cinta korang? Adakah pasangan korang juga kreatif seperti ini? Tinggalkan komen diruangan di bawah ini ya.

Sumber artikel asal dari WOB

0 views0 comments