• Jonathan Shiek

Lelaki Seret Kucing Atas Jalan, Mengaku Tidak Bersalah

Kejadian yang berlaku di Teluk Intan apabila seorang lelaki yang didakwa tidak bersalah atas tuduhan menyeret seekor kucing atas jalan raya di mahkamah Majistret Teluk Intan. Azizul Salahuddin, 46 tahun yang tak mempunyai pekerjaan tetap, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya yang telah dibacakan di hadapan Majistret Adibah Mokhtar.

Susulan itu, dia didakwa secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada seekor kucing dengan menyeretnya di atas jalan. Dia dituduh di bawah Seksyen 21(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh dihukum denda tidak kurang RM 20,000 dan tidak lebih RM 100,000 atau dipenjara dengan tidak lebih tiga tahun atau kedua-keduanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM 3,500 dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 julai Hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.




Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments