• Jonathan Shiek

Lelaki Sediakan Tong Oksigen Percuma Untuk Pesakit COVID-19

Seorang lelaki dari New Delhi, India yang sanggup menggadai barang kemas isterinya dan mengubah teksi auto miliknya menjadi mini ambulans buat pesakit COVID-19. Penawaran ini adalah percuma sesiapa yang menaiki kenderaannya bertujuan untuk membantu.

Mohammad Javed Khan, 34 menyediakan tong oksigen dalam teksi auto miliknya walaupun kenderaan tersebut bersaiz kecil untuk memuatkan sebuah tong tersebut. Tapi demi membantu pesakit COVID-19, beliau sanggup melakukan apa sahaja.

“Meskipun teksi ini taklah sebesar seperti ambulans, tapi serba sedikit perkhidmatan ini dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit” ujarnya.

Menurut Javed lagi, ini kerana kebanyakkannya dari mereka tak mampu untuk membayar caj perkhidmatan ambulans yang mahal. Rata-rata kos ambulans akan dicaj 5,000 rupee (RM 279) hingga 10,000 rupee (RM 558).

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments