• shafika9

Lelaki Sanggup Curi Dan Kumpul 730 Pakaian Dalam Wanita

Harap lelaki di Malaysia tidak berperangai sebegini

Kredit foto: Kosmo!


Seorang lelaki dari bandar Beppu, Jepun telah diberkas polis kerana didapati mencuri dan menyimpan 730 helai coli dan seluar dalam wanita dari beberapa buah kedai dobi. Tetsuo Urata, 56 tahun ditahan minggu lepas selepas polis menemui beratus-ratus helai seluar dalam dan coli wanita yang disimpan di pangsapuri didiaminya.


Penemuan tersebut dilakukan selepas seorang pelajar kolej berusia 21 tahun membuat laporan polis dan mendakwa bahawa Urata mencuri enam helai pakaian dalamnya di sebuah kedai dobi pada 24 Ogos lepas. Hasil intipan, pihak polis berjaya mengekori suspek ke pangsapurinya seminggu selepas laporan dibuat.


“Kami tidak pernah merampas seluar dalam sebanyak ini dalam masa beberapa tahun,” kata seorang jurucakap polis kepada Abema TV. Polis tidak menyatakan bilangan kedai dobi yang telah menjadi sasaran Urata dan tempoh masa kesemua barangan itu dicuri.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


0 views0 comments