• Jonathan Shiek

Lelaki Rempuh Lima Pejalan Kaki Sehingga Maut

Kejadian yang berlaku di Dalian, China apabila sebuah kereta merempuh lima pejalan kaki pada Sabtu lalu. Suspek lelaki yang berusia 32 tahun yang cuba melarikan diri selepas pelanggaran berkenaan tetapi berjaya ditahan oleh pihak polis.

Siasatan awal polis mendapati suspek yang dikenali sebagai Liu telah bertindak demikian kerana kecewa pelaburannya gagal dan ingin ‘membalas dendam terhadap masyarakat’. Rakaman CCTV dan telefon bimbit kejadian yang kini telah tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta sedan hitam memecut ke arah sekumpulan pejalan kaki ketika sedang melintas jalan.

Liu telah melanggar lampu merah dan memecut dengan kelajuan 108 kilometer sejam dalam tujuh saat sebelum merempuh kumpulan pejalan kaki itu. Setelah merempuh pejalan kaki, Liu melarikan diri di dalam keretanya sebelum bertembung dengan van di sebuah persimpangan.

Dalam kejadian tersebut empat mangsa mati di tempat kejadian dan mangsa kelima meninggal dunia tidak lama kemudian di hospitaL. Manakala, lima yang lain cedera dalam kejadian tersebut, kata polis.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments