• Jonathan Shiek

Lelaki Pusing Kepala 180 Darjah Ke Belakang Dengan Mudah

Pernahkah korang melihat manusia biasa memusing kepala sehingga kebelakang ? semestinya tak pernah bukan?. Kini, terdapat seorang lelaki telah menjadi sensasi internet selepas menunjukkan kebolehannya dengan memusing kepala sehingga 180 darjah dengan senang tanpa ada sebarang kesakitan.

Lelaki itu secara tiba-tiba memusing kepalanya ke belakang sehingga mencapai kira-kira 180 darjah. Dia juga membiarkan kepalanya berada dalam keadaan itu untuk beberapa saat sebelum berpusing kembali ke hadapan semua. Seolah-olah keadaan beliau yang tiada merasakan sebarang kesakitan, malah siap boleh bercakap dengan rakannya seperti biasa.

Video ini telah dimuat naikkan salah seorang pengguna TikTok bernama @sheabutt00. Video berkenaan yang kini telah mendapat lebih 3.4 juta tontonan dengan rata-rata pengguna melahirkan rasa terkejut dan takut dengan melihat aksi luar biasa itu.




Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments