• Syaziyah Md Sharif

Lelaki Positif COVID-19 Cuba Lari Dari Hospital, Sanggup Terjun Dari Tingkap

Dia juga bertindak agresif dengan menumbuk jururawat


Tindakan seorang pesakit Covid-19 cuba melarikan diri dari Hospital Sungai Buloh semalam mengundang padah apabila mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat lima.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pesakit yang kelihatan murung itu cuba keluar dari wad sebelum bergelut dengan jururawat yang cuba menghalangnya.


Jelas beliau, pesakit lelaki itu bertindak agresif terhadap jururawat dengan menumbuk muka dan mengejar jururawat yang menghalangnya untuk keluar dari wad berkenaan.


“Dia turut mengganggu pesakit lain sebelum pergi ke tepi tingkap wad berkenaan dan cuba terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, kata Shafa’aton, kejadian itu telah disedari staf lain hospital dan cuba menyelamatkannya, namun pesakit itu akhirnya terjatuh ke aras bawah hospital.


“Mangsa kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menerima rawatan lanjut kerana cedera di badan dan muka.


Kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.


1 view0 comments