• shafika9

Lelaki Paling Tinggi Di AS Meninggal Dunia Pada Usia 38 Tahun

Igor Vovkovinskiy dinobatkan lelaki tertinggi sejak 2010 lagi

Kredit foto: Utusan Malaysia

Lelaki tertinggi di Amerika Syarikat ini pernah mendapat gelaran Rekod Dunia Guiness pada tahun 2010 akhirnya telah meninggal dunia pada usia 38 tahun. Igor Vovkovinskiy mempunyai penyakit jantung dan meninggal dunia di hospital.


Menurut dari ibunya, Svetlana Vovkovinska berkata anaknya yang mempunyai ketinggian 2.34 meter itu, sempat meluangkan masa bersama keluarga abangnya dan menikmati makan malam sebelum pergi meninggalkan mereka buat kali terakhir.


Vovkovinskiy pernah muncul satu program televisyen iaitu ‘The Dr.Oz show’ pada tahun 2010 dan diukur oleh pegawai Rekod Dunia Guiness dan dia dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di AS. Pada ketika itu, dia hanya berusia 27 tahun dan menewaskan rekod yang dipegang oleh George Bell dari Virginia.


Manakala, bagi lelaki tertinggi di dunia pada masa kini ialah Sultan Kosen dari Turki dengan ketinggiannya 2.5 meter.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia



0 views0 comments