• Jonathan Shiek

Lelaki Misteri Beri Biskut Wafer Berisi Paku Kepada Kanak-Kanak, Alasan Untuk Tolak Bala

Seorang lelaki misteri memberikan biskut wafer berisi paku, dawai dan besi tajam kepada kanak-kanak di Jember Lor, Jawa Timur dengan alasan menolak bala.

Portal Kompas melaporkan lelaki terbabit dikatakan akan mendekati kanak-kanak sebelum menawarkan biskut wafer iaitu sejenis makanan ringan.

Menurut portal it lagi, lelaki yang kemudiannya itu ditahan pihak polis mengesahkan yang dia mempunyai masalah psikologi dimana dia mempunyai masalah takut berlebihan.

Bapa seorang kanak-kanak kemudian melaporkan kepada polis berhubung kejadian berkenaan.

M Yasin berkata, anaknya didatangi lelaki tidak dikenali sebelum memberikan wafer kepada mangsa.

“Anak saya sedang bermain sebelum seorang lelaki datang menawarkan wafer berkenaan.

“Anak saya sempat menggigit wafer itu namun memuntahkan semula kerana berisi paku, besi kokot dan dawai,” katanya.

Bimbang kejadian sama berulang dan lebih ramai menjadi mangsa menyebabkan laporan polis dibuat.

Susulan daripada laporan itu, sepasukan polis berjaya mengesan suspek di kawasan berhampiran.

Polis berkata, suspek mengaku dia adalah individu yang memberikan wafer kepada kanak-kanak.

“Dari hasil pemeriksaan yang dilakukan, suspek mengakui perbuatannya bermotifkan tolak bala” katanya.

Selain itu, dia juga berkata sebelum ini dia pernah termakan wafer yang terdapat besi di dalamnya dan kemudian membuat semula campuran wafer tersebut agar orang lain tidak terkena.

Dia telah melakukan perkara ini sejak bulan puasa yang lalu dan ianya telah diberkan kepada tiga rumah penduduk Jalan Mangis, Desa Jember Lor.

Sumber: Kompas, Harian Metro 

0 views0 comments