• Jonathan Shiek

Lelaki Menjumpai 150 Bola Boling Dibawah Rumahnya

Perkara yang amat mengejutkan buat lelaki ini, apabila menemui 150 bola boling ketika merobohkan serpihan konkrit beranda untuk pengubahsuaian rumahnya. David Olson, 33 tahun amat terkejut dengan apa yang dia jumpai, “ketika itu saya nampak satu timbunan pasir dan menemukan bola boling tertanam dibawah rumah saya,” katanya.

Kemudian, Olson cuba menggali lagi dengan lebih dalam dan menyedari ia lebih banyak dari apa yang dijangkakan. Malah, beratus-ratus bola boling ditemui dan dia pun keliru bagaimana bola tersebut boleh berada dibawah rumahnya.

Lalu, dia menghubungi pembuat bola boling, Brunswick Bowling Products bagi mengesahkan penemuan berkenaan. Katanya, Brunswinck memberitahu bola-bola berkenaan memiliki nombor siri bertarikh 1950-an. Kini, Olson merancang bersama isterinya untuk menjadikan bola boling ini sebagai dekorasi rumah.




Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments