• shafika9

Lelaki Melayu Mendapat 170 Juta Tontonan Tik Tok China Kerana Menyanyikan Lagu Mandarin

Updated: Sep 29, 2021

Mesti korang tertanya-tanya siapakah lelaki kacak ini? Nama yang diberikan ialah Firdhaus, 22 tahun, anak kelahiran Malaysia yang mengharumkan nama negara tanpa kita sedar. Firdhaus adalah seorang pencipta lirik dan musik bertajuk “Alaska Bay” dan kini semakin tular di laman media sosial Douyin dan Tik Tok China. Firdhaus sudah mula menulis lagu sejak usia 12 tahun lagi dan sangat berminat dengan penyanyi dari Taiwan iaitu Jay Chou. 

Korang boleh check di Instagram Firdhaus, kebanyakkannya menyanyikan lagu bahasa Mandarin.


View this post on Instagram

A post shared by 菲道尔 Firdhaus (@fffirdhaus)


Firdhaus juga sangat petah bercakap bahasa cina kerana pernah memasuki sekolah cina dan belajar lebih mendalam bahasa Mandarin. Walaupun, Firdhaus membesar dalam keluarga Melayu yang biasa, tapi minat terhadap bahasa Mandarin tak menghentikan dari minatnya untuk terus belajar.

Lagunya banyak kali didengari sehingga mencecah 170 juta kali. Wah! banyak tu? bukan sikit tau!. Lagu ciptaan “Alaska Bay” diinspirasikan dari antara kawasan sembilan teluk yang terkenal di dunia. Ia tergolong di kawasan laut antara Amerika dan Kanada kerana kepadatan laut yang tak boleh disatukan, sama seperti kedua orang saling mencintai akhirnya mereka tak dapat bersama. Kini Firdhaus menandatangani kontrak bersama label rakaman dari Malaysia iaitu Loolala Music.

Korang juga boleh try dengar lagu yang diciptakan oleh dari Firdhaus sendiri di bawah ini.




Sekiranya, korang nak follow up Tik Tok dan Instagram Firdhaus boleh klik disini.

Sumber artikel asal dari TheStar

#Firdhaus

0 views0 comments