• shafika9

Lelaki Maut Teguk Air Berkarbonat Secara Cepat

Jangan pula korang minum air karbonat cepat-cepat, bahaya tau!

Kredit foto: Drama Hidup FMR


Kejadian yang berlaku di China apabila seorang lelaki didapati maut selepas minum sebotol air minuman Coca-Cola sebanyak 1.5 liter secara pantas dalam masa 10 minit. Menurut pasukan perubatan, lelaki tersebut yang berusia 22 tahun tidak didedahkan identitinya itu meninggal dunia akibat penghasilan gas yang pantas di dalam badannya, sekaligus memberi kesan kepada persekitaran oksigen dalam hati.


Mangsa sebelum itu pergi ke sebuah hospital di Beijing enam jam selepas meminum air minuman tersebut, dan mula mengadu sakit dan perutnya membengkak. Dia memaklumkan kepada doktor bahawa meminum air Coca-Cola dengan pantas untuk menghilangkan rasa dahaga akibat cuaca panas.


Minuman itu terlalu cepat diteguk sehingga menyebabkan gas berkumpul pada bahagian usus lelaki tersebut, menyebabkan satu saluran darah utama ke bahagian hatinya bocor akibat tekanan. Kakitangan perubatan segera berusaha untuk melepaskan gas dari sistem pencernaan lelaki itu, malah diberi ubat untuk membantu melindungi hatinya.


Selepas 12 jam, ujian darah menunjukkan lelaki itu telah mengalami kerosakan hati yang serius. Keadaannya semakin merosot dan akhirnya didapati meninggal dunia 18 jam selepas menerima rawatan.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


4 views0 comments